-->

Kamis, 17 Desember 2015

Tingginya gula dalam jus buah Masih mahu minum ?

Anda suka  minum jus buah dalam botol seperti Minute Maid, Tropicana atau apa-apa  jenama jus buah yang lain? Anda minum jus kerana sukakan rasanya, atau kerana anda ingin dapatkan khasiat buah?  Kata anda, jus yang diminum lebih baik dan berkhasiat berbanding minuman kordial biasa. Pada satu sudut, memang betul, tak salah. 

Tetapi tahukah anda sebenarnya jus yang sedap itu mengandungi kandungan gula yang agak tinggi?
* Tinggi tahap mana tu?  

*Disclaimer: Secara umum, bukan hanya khusus kepada jenama yang disebut :)

Soalan yang baik.Cuba anda fahamkan beberapa statistik di bawah. Usap mata anda beberapa kali kalau anda susah nak percaya apa yang anda lihat. Ini realiti bukan fantasi. 

sumber: LA Times Macam tak percaya, kan? 
Kandungan gula dan kalori dalam jus setanding dengan dalam air berkarbonat. 

Lagi dahsyat, jus yang dibandingkan di atas adalah unsweetened (kurang gula).
source: telegraphLagi perbandingan gula dalam jus berbanding dalam minuman lain.
source: corfemullendentalsource:

ndchildcareTinggi bukan? 

Mulai sekarang, cuba tukar persepsi anda. Kalau anda sebelum ini menjauhi air berkarbonat, sekarang kurangkan juga meminum jus buah di pasaran. Perah sendiri jus atau order jus segar di mapley.. hehe

Alang-alang sudah masuk topik jus, saya mahu tanya anda lagi. Anda tahu apa bezanya Fruit Juice Drinks dan Fruit Drinks?Menurut maklumat daripada iklan salah satu pengeluar Fruit Juice Drinks yang besar di pasaran, perkataan ‘juice’ di tengahnya walaupun nampak kecil, tetapi sebenarnya besar perbezaannya. Bezanya terletak kepada berapa banyak kandungan jus buah asli  dalam kedua-dua minuman berkenaan.

Menurut Akta Makanan 1983 (Akta 281), Fruit Drinks mesti mengandungi tidak kurang daripada 5% jus buah manakala Fruit Juice Drinks mesti melebihi 35% jus buah.Persoalan yang patut kita tanyakan ialah banyak ke peratusan itu? Tanggapan kita bila minuman itu dinamakan air jus, pastilah kandungan buah dalam minuman tersebut banyak, bukan hanya sekadar 35% apatah lagi 5%. Sekurang-kurangnya lebih daripada 50%, selebihnya mungkin air dan sedikit gula sebagai pemanis. 

Barulah kena dengan harganya kerana umumnya air jus buah ini lebih mahal daripada harga air biasa.Apa yang saya ingin tekankan ialah anda harus peka dengan apa yang anda makan dan minum. Gunakan dengan berhati-hati agar tidak menyesal di kemudian hari.

Previous
Next Post »

Posting Komentar