-->

Kamis, 17 Desember 2015

Nasi lemak bukan punca obesiti Rendah kolesterol

Satu masa dahulu, heboh dikatakan bahawa nasi lemak menjadi punca obesiti atau kegemukan dalam kalangan kanak-kanak. Sebabnya kerana kandungan santan dalam nasi lemak yang dikatakan mengandungi kolesterol yang tinggi. Ramai yang sudah percaya sehingga ada pula yang mencadangkan pihak sekolah mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah. Nasib baiklah cadangan tersebut tak menjadi kenyataan. Jika tidak, kesian la pada anak-anak yang suka makan nasi lemak semasa sarapan.

Sebenarnya saya tidak begitu setuju dengan dakwaan di atas. Bagi saya, kebanyakan nasi lemak yang dijual  lebih tepat disebut sebagai nasi putih + sambal ikan bilis, bukan nasi LEMAK. 

Sebabnya ialah santan yang dimasukkan memang tak banyak pun. Tak cukup rasa santan. Warna nasi pun putih macam nasi biasa. Maka tak perlulah risau dengan kandungan kolesterol.Hehe.Kalau anda tak bersetuju dengan saya dan mahukan FAKTA, saya dah buat sedikit research. Ada satu kajian saintifik yang telah dibuat tentang kandungan kolesterol dalam santan. Saya petik dari hmetro.Ironinya ada kajian sains mendapati masyarakat yang mengambil santan selalu dalam makanan mereka mempunyai kadar penyakit jantung yang rendah dan paras kolesterol rendah juga.

Di antara kajian dilaporkan dalam jurnal perubatan Asia Pasifik pada tahun 2011, yang dijalankan di Filipina mendapati pengambilan minyak kelapa dalam makanan seharian dalam kalangan wanita pramenopaus meningkatkan kolesterol baik HDL-c dan menurunkan kolesterol jahat jenis LDL dan Trigliserida. Oleh itu, ia mempunyai faedah kesihatan yang baik menurunkan risiko sakit jantung.

Lebih menarik lagi, data dari Filipina yang dilaporkan oleh ‘Philipine National Nutrition Survey’ (PNNS) pada tahun 2003 juga mendapati relatif insiden yang rendah untuk masalah kolesterol berlebihan (hypercholesterolemia), darah tinggi (hypertension), angin ahmar (stroke) dan sakit jantung (angina) dalam kalangan penduduk di Daerah Bicol yang mengambil santan dan minyak kelapa yang tinggi berbanding daerah lain di Filipina dalam makanan seharian mereka. Prof Philippe Legrand dari Peranchis, seorang pakar biokimia dari Makmal Biokimia dan Pemakanan Manusia di Universiti Agronomidi, Rennes, Peranchis, mempunyai pendapat yang sama berkenaan santan dan kesannya kepada paras kolesterol.

Beliau menyatakan bahawa bahan di dalam santan atau minyak kelapa iaitu asid laurik dan asid miristik iaitu asid lemak dalam kumpulan asid lemak rantaian sederhana (MCFA) lebih cepat dimetabolismakan dalam hati manusia dan menurunkan paras kolesterol, justeru, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Di samping itu juga, santan atau minyak kelapa mempunyai kesan positif lain seperti antifungal, antivirus, antimikrobial dan antiprotozoa.Menurut beliau, santan boleh menjadi sebahagian daripada diet sihat jika diambil secara sederhana dan tidak menyebabkan peningkatan kolesterol dalam darah.Ironik kan?

Previous
Next Post »

Posting Komentar